Thursday, May 3, 2018

Selamat Tinggal Bumi Sabah

Hampir 11 tahun merantau di negeri orang, akhirnya kembali ke negeri sendiri.

Selamat tinggal Tawau. Apa khabar orang Johor.

Banyak kenangan yang takkan dilupakan. Pahit, manis, masam, kelat. Semua ditelan. Apa-apa yang telah berlaku, semua yang berlaku mematangkan kita. Semoga hati ini lebih cekal dan tabah menghadapi hari-hari yang akan datang.

Disember 2017, Tawau

Saturday, April 9, 2016

Resepi Kiwi Fruit Yogurt Mousse cake

Makcik belanja satu resepi malam ni. Kesian jenguk blog macam terabai je. Huhuhu..



Kiwi Fruit Yogurt Mousse cake
By: Aku.Zack

1 lapisan kek span
1/2C @ 115g buah kiwi, diblender dan sukat 1/2C
1/2C @ 115g air minuman yogurt Bliss perisa Epal Kiwi
1sb gelatin
50g air masak
45g gula (atau lebih kurang)
200g non-dairy whip topping, pukul kental

1. Masak puree kiwi bersama gula sampai gula hancur. Biarkan sejuk.
2. Campukan gelatin + air, biarkan 5 minit. Panaskan dlm microwave 5saat atau hinga gelatin hancur. Pastikan jangan terlebih panas atau gelatin akan rosak.
3. Tuangkan puree+gula, yogurt dan gelatin ke dalam satu mangkuk. Gaul sebati.
4. Putarkan campuran ini ke dalam whip topping, gaul sebati. Kemudian tuangkan ke atas lapisan base kek sponge size 7x7@8x8in. Ratakan. Biarkan sejuk 6 jam. Hiaskan dengan taburan potongan kiwi.

Saturday, April 2, 2016

Beralih Ke Page

Assalammualaikum wbt,

Makcik sekarang tak sempat nak berblogging dan update post memandangkan bz menjaga baby yang kecil. Apa-apa resepi atau gambar makcik cuma sempat update di page Facebook pada link ini: https://www.facebook.com/AkuZack-Cakery-1509308679309744/

Terima kasih sebab sudi follow makcik Zack sejak 2007 lagi. Nampaknya mungkin jodoh kita tak lama, kawan-kawan bloggers pun dah tak semua berblogging sangat. Mana tahu, suatu hari nanti ada rezeki makcik ada masa yang panjang nak uruskan dua-dua page dan blog, aamiin.

Until next time,

Salam kesayuan dari Aku.Zack@zachoes.blogspot.com~